Thursday 22 December 2011

AL - ASMAUL HUSNA

jom semak semula...

objektif pelajaran

anda kenal ?

hafalkan..

mudahkan...ingat?

cuba susun

haha...ini jawapannya..

ingat semula..

sambungan ...CARA BACAAN MAD IWAD





مبينًا           مستقيمًا          عزيزًا            حكيمًا            قريبًا

MAD IWAD

MAD IWAD
Pengertian Mad Iwad ialah mewakafkan bacaan pada akhir kalimah yang berbaris tanwin fathah (  ً ) kecuali pada huruf  Ta Marbuthah ( ة ).
Kadar panjang bacaan Mad Iwad ialah satu alif bersamaan dengan dua harakah.
Cara membaca Mad Iwad ialah dengan menggantikan bunyi tanwin fathah kepada bunyi barissatu fathah.
Misal Mad Iwad :    مهدًا       -        مهدَا
                              سباتًا        -        سباتَا

bertemu kembali...

assalamualaikum w.r.t...kaifa halukum...? semoga kalian semua wahai sahabat-sahabat setia..pengunjung blog saya ini...sihat wala'fiat dan di dalam limpahan rahmat-NYA..amin..
terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan kerana dalam dua / tiga hari ini saya tidak sempat untuk kemaskinikan info dalam blog ini..maaf yer..sibuk sikit..
baiklah..kita akan meneruskan ilmu tajwid dengan pelajaran seterusnya..di harap sahabat-sahabat semua tidak ketinggalan untuk mempelajarinya ...
masih ingat lagikan..?...apakah hukum mempelajari ilmu tajwid?..kalau lupa boleh rujuk pengenalan tajwid pada pelajaran yang lalu...
senyum selalu..
wassalam..

Wednesday 14 December 2011

Johan Qari Antarabangsa 2011 - Amirahman Abas

...TAHUKAH ANDA...?...MAD ARID LISSUKUN..

TAHUKAH ANDA ...APA ITU MAD ARID LISSUKUN?...ikutilah pelajaran seterusnya..
MAD ARID LISSUKUN ialah
mad yang terjadi disebabkan mewakafkan bacaan pada huruf hujung kalimah yang sebelumnya terdapat salah satu huruf mad.
KADAR PANJANG BACAANNYA ialah DUA...EMPAT...atau..ENAM harakah.
DINAMAKAN DENGAN MAD ARID LISSUKUN ialah kerana baris sukun pada huruf akhir itu adalah baris yang mendatang.
MISALNYA...  بحسبان.......         يسطرون.........     عليم......

jom sertai saya....




cara bacaan mad jaiz munfasil



                                  الآ أن يؤمنوا


Monday 12 December 2011

CUBA JAWAB SOALAN-SOALAN MUDAH INI

1. Apakah erti mad mengikut bahasa dan istilah?
2. Sebutkan bahagian mad.
3.Selain dinamakan sebagai Mad Asli, ia juga dipanggil....
4. Mad Far'i terbahagi kepada.....
5.Sebutkan enam bahagian daripada Mad far'i...
6.Apakah erti Mad Wajib Muttasil?
7.Bertemu huruf mad dengan huruf hamzah dalam dua kalimah adalah pengertian bagi.............
8.Mad Jaiz Munfasil dibaca sekadar empat atau lima harakah,bagaimana pula dengan mad wajib muttasil?
9. Berapakah nilai satu alif dalam istilah ilmu tajwid?

selamat mencuba

MAD JAIZ MUNFASIL

MAD JAIZ MUNFASIL


Pengertian Mad Jaiz Munfasil ialah tiap-tiap huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam dua kalimah.
Kadar panjang bacaannya ialah empat atau lima harakah.
Misalnya...
1.الآ ان
2.قوآ أنفسكم
3.فى امري

Tuesday 6 December 2011

MISAL DAN CARA BACAAN MAD WAJIB MUTTASIL

MISAL MAD WAJIB MUTTASIL
   
                                          جَآءَ