PENGENALAN

Salam ukhuwwah fi sabilillah..wa billahi nastaiin..amma ba'dd..


        Hamdallah..bergerak bersama mendokong kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras pengabdian.Menyebarkan ilmu di mana dan ke mana sahaja, dengan apa jua kaedah dan metodologi demi merialisasikan cita-cita dan harapan membina generasi di masa depan. Pastinya usaha ini bukan meraih kemegahan dunia yang sedikit tetapi mahu melihat dan melahirkan generasi dan negara yang mencapai mercu kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
     *Dalam menjaga amanah kesahihan ilmu Tajwid, seseorang itu perlu mengetahui dua sandaran utama bagi ilmu ini. Pertama ialah mempelajari baacaan setiap huruf Al-Quran dari Sheikh (guru) yang benar-benar mengetahui bacaan tersebut. Sheikh itu mestilah seorang yang pernah mempelajarinya dari sheikh yang sebelumnya. Rantaian ini mestilah berkesinambungan hingga kepada penerima wahyu pertama iaitu Rasulullah s.a.w . Inilah cara bagaimana bacaan al-Quran itu diwariskan kepada kita sejak bergenerasi.
     *Sandaran ke dua ialah fakta-fakta yang ditulis oleh para Qurra' dalam kitab-kitab mereka. Barangkali seseorang itu mempunyai sanad bacaan yang berkesiambungan hingga kepada Rasulullah s.a.w, tetapi apa yang menjadi pegangannya dalam bacaan itu tidak bertepatan dengan apa yang telah disepakati oleh Qurra' dalam kitab-kitab mereka. Oleh itu apa yang menjadi pegangannya boleh ditolak kerana membawa suatu yang ganjil ( syaz) dalam ilmu Tajwid dan Qiraat. Bagaimanapun bagi perkara-perkara kecil yang tidak disebut didalam kitab - kitab para ulama, sesuatu yang diperolehhi dari sheikh itu boleh dijadikan sandaran. (Wallahu a'lam).( Ilmu Tajwid-Surur Shihabudin An Nadawi..jilid 2)  . 




sekian...terima kasih.

No comments:

Post a Comment