Saturday 26 November 2011

PELAJARAN 2

PELAJARI MAD ASLI


  1. MAD ASLI bermaksud pertemuan huruf hijaiyah dengan salah satu daripada huruf mad dalam satu kalimah dan selepasnya bukan huruf atau huruf yang berbaris sukun.
  2. Kadar panjang bacaan Mad Asli ialah 1 alif bersamaan dengan 2 harakah.
HURUF MAD ADA 3 iaitu :

  1. Huruf .... Aliff
  2. Huruf..... Wau
  3. Huruf..... Ya





PELAJARAN 1

MAD DAN BAHAGIAN

Erti Mad :


  1. Mengikut Bahasa : Memanjangkan suara.
  2. Mengikut Istilah  : Memanjangkan bacaan atau suara pada huruf-huruf mad menurut kedudukannya.


Mad terbahagi kepada dua bahagian :

  1. Mad Asli (dikenali juga sebagai Mad Tabii atau Mad Zati)
  2. Mad Far'i
* Mad Tabii terbahagi kepada 14 bahagian iaitu :
  1. Mad Wajib Muttasil                               
  2. Mad Jaiz Munfasil
  3. Mad Iwad
  4. Mad Badal
  5. Mad Arid Lissukun
  6. Mad Tamkin
  7. Mad Lin
  8. Mad Lazim Kalimi Musaqqal
  9. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
  10. Mad Lazim Harfi Musaqqal
  11. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
  12. Mad Tabii Harfi
  13. Mad Silah
  14. Mad Farq


www.ustazahmimie.blog - Google Search

www.ustazahmimie.blog - Google Search:

'via Blog this'

Friday 25 November 2011

HUKUM MEMBACA LAFAZ ISTIA'DZAH DAN BASMALLAH

  1. Hukum Membaca Lafaz Istiad'zah :  SUNAT MUAKKAD (sunat yang dituntut) sama ada di awal surah atau dipertengahannya. Bertujuan untuk memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam.
  2. Hukum Membaca Lafaz Basmallah : SUNAT dibaca pada setiap awal surah kecuali surah At-Taubah kerana surah tersebut diturunkan sewaktu kemurkaan Allah sedangkan Basmallah adalah rahmat Allah. Selain daripada itu disebabkan Rasulullah s.a.w tidak mengharapkan para sahabat menulisnya pada permulaan surah tersebut.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Hukum mempelajari ilmu tajwid ialah fardhu kifayah dan mengamalkannya adalah fardhu ain.
Kenyataan ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sebaik-baik orang (islam) diantara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud : Hiasilah bacaan Al-Quran itu dengan suara kamu yang lunak(sedap).

PENGERTIAN ILMU TAJWID

Ilmu Tajwid ialah ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membaca ayat Al-Quran menurut hukum-hukum yang tertentu dengan menyebut huruf-huruf mengikut ketentuan asal makhrajnya dan ketentuan yang baru mendatang seperti at-tafkhim, at-tarqiq dan sebagainya.

KATA-KATA ALUAN

My Account:

assalamualaikum w.r.t....

Salam muhibbah kepada semua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana melayari blog ini dan sedikit- sebanyak kita dapat berkongsi bersama maklumat-maklumat dan ilmu berkaitan TAJWID .
Di sini saya lebih mengetengahkan dan membincangkan subjek Tajwid darjah lima mengikut silibus JAIS. Blog ini bertujuan sebagai satu rujukan alternatif kepada guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah rendah agama khasnya dalam mengulangkaji pelajaran secara online, disamping ia memupuk minat pelajar dalam pelajaran serta menyahut seruan kerajaan dalam pembelajaran interaktif.
Semoga SEGALA USAHA INI mendapat rahmat dan keberkatan ILAHI. Amin.